Wasiat si pewakaf menghendaki khairatnya
dibahagi-bahagikan di Makkah, Madina dan Baghdad. Pemegang amanahnya mendakwa
bahawa pembahagian itu adalah rumit. Apakah khairat-khairat itu boleh
dibahagi-bahagikan di tempat lain ?
Jawatankuasa Fatwa telah membincangkan persoalan tersebut dan berfatwa seperti
berikut:
a. pemegang amanah kepada wakaf tersebut mestilah menjalankan wasiat itu kerana
harta wakaf tersebut adalah harta Allah ;
b. dakwaan bahawa terdapat kerumitan dalam pembahagian harta wakaf tidak dapat
diterima kerana sesungguhnya orang-orang miskin yang boleh diberikan harta
wakaf itu masih banyak terdapat di Makkah, Madina dan Baghdad ;
c. untuk mengatasi kerumitan bagi pemegang amanah membahagikan harta wakaf
tersebut, adalah dinasihatkan agar pemegang amanah mewakilkan seseorang yang
dipercayai di – ketiga-tiga bandar tersebut untuk dibahagikan kepada fakir
miskin dan orang-orang yang layak menerimanya. Pembahagian yang dijalankan oleh
wakil itu hendaklah disaksikan oleh 2 orang lain bahawa sesungguhnya khairat
itu telah dibahagikan sebagaimana mestinya.
Majlis Agama Islam Singapura
0 ulasan:
Catat Ulasan