Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia kali Ke-80 pada 1-3
Februari 2008 di Terengganu telah membincangkan
Hukum Membangunkan Tanah
Wakaf Khas Dengan
Membangunkan Selain
Daripada Niat Asal Pewakaf di
Kuala Terengganu. Dalam persidangan ini,
muzakarah memutuskan:
Membangunkan tanah
Wakaf Khas khususnya wakaf
masjid dengan
tambahan projek
pembangunan atau beberapa
penambahbaikan bagi
menjamin harta wakaf tersebut
kekal adalah diharuskan oleh Islam, dengan
syarat pembangunan ini
hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh
ditentukan oleh pemerintah dan
tidak bercanggah dengan syariat Islam.
LATAR BELAKANG
Pembangunan tanah wakaf jika
dilaksanakan secara profesional dan efisien
dapat memberi faedah yang
besar kepada kemajuan ekonomi umat Islam dan
negara. Berdasarkan maklumat
yang diperolehi daripada Jabatan Wakaf, Zakat
dan Haji (JAWHAR), sehingga
kini keluasan tanah
wakaf di Malaysia
dianggarkan berjumlah 36,000 hektar yang keluasan tanah Wakaf
Khas di
negara ini dianggarkan lebih
besar berbanding dengan keluasan tanah Wakaf
Am. Misalnya pada tahun 2005,
keluasan tanah wakaf khas yang direkodkan di
Johor dianggarkan berjumlah
51,686 ekar berbanding wakaf am yang hanya
mencatat sebanyak 18,740 ekar.
Di Kedah, pada tahun yang sama, jumlah tanah
wakaf khas dianggarkan berjumlah
203 ekar manakala wakaf am ialah 32 ekar.
Wakaf merupakan suatu dedikasi
harta di mana harta berkenaan di tahan
dan hanya manfaatnya sahaja diaplikasikan bagi tujuan-tujuan kebajikan
0 ulasan:
Catat Ulasan