Ads 468x60px

Labels

Isnin, 27 Februari 2012

Fatwa Chenderong Konsesyen


 Setelah mendengar taklimat daripada pihak Majlis Agama Islam 
dan Adat Melayu Terengganu tentang latar belakang Chenderong 
Konsesyen dan menghalusi dokumen berkaitan serta persoalan-persoalan 
mengenainya,  mesyuarat bersetuju mengambil keputusan seperti berikut 



i. Taraf wakaf Chenderong Konsesyen mengandungi wakaf khas, 
wakaf zuriat dan juga wasiat. 


ii. Tanah wakaf tidak boleh dijualbeli atau diubah statusnya 
daripada syarat yang telah dibuat oleh pewakaf, tetapi tanah 
tersebut termasuk hasilnya boleh dipajak dan diSUBLISTkan. 


iii. DYMM Al-Sultan sekarang adalah berhak menerima bahagian 
daripada tanah wakaf Chenderong Konsesyen kerana baginda 
adalah pewaris daripada keturunan baginda Al-Marhum AlSultan Ismail Nasaruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal 
Abidin. 


iv. Baginda juga sebagai pemegang amanah (nazir) ke atas tanah 
tersebut yang dikurniakan bahagiannya sebanyak 7/144. 

Dengan itu perolehan baginda DYMM Al-Sultan daripadanya 
adalah sah dari segi peraturan dan wasiat pewakaf. 
Selain daripada itu Mesyuarat juga bersetuju dengan pembahagian 
yang dilakukan oleh pihak MAIDAM kepada waris-waris Al-Marhumah 
Engku Zaharah (anak kepada Al-Marhumah Tengku Ngah  Aisyah ) binti 
Engku Sulong, atas dasar wakaf zuriat sebagaimana ikrar wakaf  Tengku 
Nik Maimunah sendiri iaitu : 
“ Kepada Paduka kekanda saya Tengku Ngah Aisyah Al-Hajjah 
binti Al-Marhum Al-Sultan Zainal Abidin  sebanyak 24/144 bahagian dan 
berkekalanlah baginya, dan kemudian daripadanya berhaklah anakanaknya mendapat daripada bahagian itu dengan sama banyak, dan 
kemudian kembalilah kepada zuriat keturunan masing-masing, dan 
manakala putus zuriat salah seorang daripada mereka maka kembalilah 
bahagiannya itu  kepada fakir miskin Islam di bawah kelolaan dan 
pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Terengganu”. 

0 ulasan:

Catat Ulasan