Ibadah Lahiriyah adalah perhiasan yang dihiaskan oleh Allah SWT iaitu
dengan sifat taqwa. Ini bermakna secara lahirkan kita telah dapat menurut apa
yang diperintah Allah kepada kita dan dapat menjauhi segala larangaNya. Inilah
yang menggambarkan kehambaan kita kepadaNya. Di samping ibadah tersebut, Allah
jua yang menghiasi dengan ibadah batiniyah yang menjadikan kita redha dengan
segala ketentuannya, sabar dengan ujian dan cubaanNya. Inilah sebesar-besar
nikmat apabila berkumpul dua nikmat ini iaitu ‘Ubudiyah zahir dan ‘Ubudiyah
batin. Berkumpulnya dua nikmat ini adalah dengan taufiq dan hidayah Allah.
Persoalan, kenapakah apabila berkumpul kedua-dua keadaan ini dikatakan
sebagai sebesar-besar nikmat. Jawapannya ialah apabila kita beroleh nikmat
zahir, maka secara lahiriyahnya kita telah aman daripada segala hal keadaan
yang bertentangan dengan perintah-perintah Allah. Manakala nikmat batin,
bermakna secara batiniyahnya kita telah aman daripada menentang perintah Allah.
Inilah jalan atau manhaj untuk menjadi hamba yang layak menghambakan diri
kepada Allah.
Inilah sebesar-besar nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai tanda
Allah memuliakan di atas balasan kerana kita memuliakan Allah di dunia dan
akhirat. setiap kebaikan yang kita lakukan maka juga akan membalas dengan
kebaikan, sebaliknya jika kita melakukan maksiat, maka Allah akan membalas
dengan kehinaan di sisiNya. Justeru ubudiyah batiniyah sangat penting di
samping ubudiyah lahiriyah yang dilaksanakan kerana Allah SWT semata-mata. Maka
Allah akan membuka pintu kemuliaan dan kemurahanNya kerana keikhlasan kita
kepada Allah dan tidak sesekali kerana yang lain.
Sehubungan dengan itu, apabila perintah Allah kita laksanakan, larangan
Allah kita tegahi, hati menyerah kepada Allah di samping redha dan takwa
kepadaNya, sabar dengan cobaan dan bala yang diberikan Allah, maka inilah
dikatakan sebagai sebenar-benar dan sebesar-besar nikmat anugerah Ilahi.
0 ulasan:
Catat Ulasan