Allah Taala yang Maha Berkuasa
lagi Maha Bijaksana dengan kehendak-kehendak-Nya, menciptakan dunia dan seluruh
isinya. Kemudian menjadikan manusia untuk hidup di dalamnya dengan tujuan
memperhambakan diri kepada-Nya sekaligus menjadi khalifahNya. Manusia mesti
berperanan sebagai khalifah iaitu wakil di bumi, demi untuk mengatur,mentadbir,
mengurus, memaju dan membangunkan dunia ini. Ia melibatkan semua aspek
kehidupan sama ada di dalam bidang ekonomi, pendidikan,pertanian,
kemasyarakatan, pembangunan dan lain-lain mengikut syariat-Nya. Ini telah
dinyatakan melalui Al Quranul Karim di dalam surah al-Baqarah:30
øÎ)ur tA$s% /u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) ×@Ïã%y` Îû ÇÚöF{$# ZpxÿÎ=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkÏù `tB ßÅ¡øÿã $pkÏù à7Ïÿó¡our uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ÏôJpt¿2 â¨Ïds)çRur y7s9 ( tA$s% þÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB w tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ
Ertinya:
dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
Allah berfirman lagi:
§NèO öNä3»oYù=yèy_ y#Í´¯»n=yz Îû ÇÚöF{$# .`ÏB öNÏdÏ÷èt/ tÝàZoYÏ9 y#øx. tbqè=yJ÷ès? ÇÊÍÈ
Ertinya: Kemudian Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad)
khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka Yang telah dibinasakan itu,
supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan Yang kamu akan lakukan.
(Surah Yunus:14)
Peringkat Tanggungjawab Manusia
Walaupun al-Quranul Karim telah
menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab manusia di dunia ini dan dijelaskan
bahawa mereka yang menunaikan tanggungjawab akan masuk ke Syurga, manakala yang
tidak bertanggungjawab ke Neraka, namun tidak semua manusia percayakan berita
ini serta beriman dengannya. Bahkan yang percaya dan beriman dengannya pun,
kerana tidak mampu melawan nafsu serta mempunyai kepentingan-kepentingan
peribadi. Ramai di kalangan manusia yang tidak dapat memperhambakan diri kepada
Allah dengan sebenar-benar dan gagal menjadi khalifah-Nya untuk mentadbir dan
mengurus dunia ini dengan syariat-Nya.
Justeru, bagi mengetahui secara umum tentang
peringkat-peringkat manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi ini, maka
di sini dijelaskan dengan tujuan kita dapat menentukan diperingkat manakah diri
kita berada, sama ada kita berada pada peringkat yang derhaka, peringkat yang
bertanggungjawab atau yang cuai.
Pertama: Golongan manusia yang tidak tahu atau tidak
sedar mereka itu hamba Tuhan dan khalifah-Nya.
Mereka ini adalah golongan yang tidak
mengambil tahu apakah dirinya hamba dan khalifah Allah atau tidak kerana mereka
tidak beriman dengan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, mereka tidak
memperhambakan diri kepada Allah. Sekiranya mereka memperhambakan diri dan
melakukan penyembahan, namun bukan kepada Allah dan caranya juga tidak seperti
yang Allah kehendaki olehNya.
Begitu
juga mereka mentadbir kehidupan di dunia ini, tidak mengikut syariat Allah,
tetapi berdasarkan kepada ideologi dan akal mereka sendiri. Mereka tidak akan
merujuk kepada perlembagaan Allah kerana mereka tidak menganggap dirinya
khalifah Allah. Mereka berbuat sesuka hati, dan mengurus kehidupan tanpa
ada hubung kait sama sekali dengan Allah. Mereka adalah golongan orang-orang
kafir.
Kedua: Golongan yang tahu bahawa mereka adalah
hamba dan khalifah Allah di bumi, tetapi tidak ada rasa kehambaan dan
kekhalifahannnya
Golongan ini tahu dan sedar bahawa mereka adalah hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi tetapi kerana jahil, lemah melawan hawa nafsu,cinta dunianya begitu kuat, kepentingan peribadinya terlalu banyak, maka rasa kehambaannya kepada Allah begitu lemah. Maka golongan ini bersikap cuai memperhambakan diri kepada Allah. Mereka lemah dalam pengabdian diri kepada Allah ldan sentiasa cuai.
Begitu
juga rasa kekhalifahannya kepada Allah amat tipis. Mereka tidak memperjuangkan
Syariat Allah di dalam urusan hidup dan
pentadbirannya. Justeru, saat mereka berusaha, berjuang, mentadbir, mengurus,
membangun serta memajukan dunia ini, mereka tidak ada rasa tanggungjawab kepada Allah.
Maka mereka pun melakukan kejahatan dan penyelewengan di muka bumi ini.
Undang-undang
yang dibangunkan adalah berdasarkan akal atau ideologi atau pragmatisme dan
bukan daripada al-Quran dan al- Sunnah lagi. Kalau ada pun berlaku hanya di
sudut-sudut yang sangat terbatas atau aspek-aspek yang tertentu sahaja. Mereka
ini adalah golongan umat Islam yang fasiq atau zalim dan ditakuti kalau
dibiarkan boleh membawa kepada kekufuran.
Ketiga:
Golongan yang merasa kehambaan dan kekhalifahan kepada Allah di bumi.
Rasa kehambaan dan rasa kekhalifahannya
kepada Allah itu kuat. Oleh itu mereka dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan
serta memperhambakan diri kepada Allah dengan membaiki segala yang fardhu dan
sunat dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga bertanggungjawab sebagai
khalifah-Nya di bumi sesuai dengan kedudukan dan kemampuan masing-masing.
Mereka benar-benar bertanggungjawab dengan sebaik-baiknya di sudut-sudut
kekhalifahannya. Syariat Tuhan berjalan serta dilaksanakan dalam kepimpinan
mereka. Inilah golongan orang-orang yang soleh.
Keempat: Golongan yang sifat kehambaannya
dan memperhambakan diri kepada Allah lebih menonjol daripada kekhalifahannya
kepada Allah.
Mereka adalah golongan yang terdiri dari kalangan
orang-orang yang soleh. Penumpuan mereka lebih kepada beribadah kepada Allah
dengan menghabiskan masa beribadah, memperbanyakkan fadhoilul ‘amal, berzikir,
membaca al-Quran, bertasbih, berselawat dan mengerjakan amalan-amalan sunat
sama ada sembahyang sunat mahupun puasa sunat. Mereka tidak membebankan diri
atau menonjolkan diri mereka dengan tugas-tugas dalam masyarakat. Mungkin
sifat-sifat kepimpinannya tidak menonjol atau lemah dibandingkan dengan
kehambaannya. Maka orang ramai tidak melantik mereka menjadi pemimpin. Kalau
ada pun sekadar pemimpin keluarga dan masyarakat sekitarnya sahaja. Jsuteru,
sekadar itulah daerah kekhalifahannya. Maka kerana itulah masa yang banyak
dihabiskan untuk memperbanyakkan ibadah. Golongan ini dikatakan ‘abid yang
baik.
Kelima: Golongan yang sifat kekhalifahannya kepada Allah
lebih menonjol daripada sifat kehambaannya
lebih menonjol daripada sifat kehambaannya
Golongan ini biasanya dilantik dan diberi
tanggungjawab kepimpinan dan mengurus masyarakat oleh orang ramai. Dirinya
mempunyai karisma dan sifat-sifat kepimpinan yang mereka tonjolkan. Mereka mungkin menjadi
pemimpin negeri atau negara atau sebuah jemaah yang besar. Masanya lebih banyak
digunakan atau ditumpukan untuk memimpin dan membangun serta menyelesaikan
masalah masyarakat. Kepimpinannya berlandaskan Islam dan Syariat Allah. Mereka
mengerjakan ibadah secara sederhana sahaja. Tidak terlalu lemah dan tidak juga
terlalu banyak. Golongan ini dianggap pemimpin yang baik.
Keenam:
Golongan yang rasa kehambaan dan kekhalifahannya seimbang dan saling menonjol
Golongan ini adalah mereka yang menjadi pemimpin
sama ada pemimpin negeri, negara yang menjalankan hukum-hukum Allah di dalam
kepimpinannya. Mereka ini sibuk dan menghabiskan masa untuk memimpin dan
beribadah serta sibuk dengan masyarakat. Juga sibuk juga dengan Allah. Hubungan
dengan Allah seerat hubungan dengan manusia. Inilah yang dikatakan seorang abid
yang memimpin secara yang luar biasa, sangat cemerlang seperti Khulafak
al-Rasyidin dan Sayidina Umar Abdul Aziz.
Sabda nabi saw:
Sesungguhnya kamu bersungguh-sungguh untuk memegang
jawatan pemerintah, sesungguhnya jawatan itu akan membawa penyesalan
Kepimpinan
mereka sangat adil dan sangat bertanggungjawab kepada rakyat sama ada untuk
dunia rakyatnya atau Akhirat rakyatnya. Di samping itu ibadah mereka sangat
kuat dan banyak terutama di waktu malam. Kata Sayidina Umar Ibnul Khattab:
“Kalau saya
banyak tidur pada siang hari akan terabai urusan saya dengan rakyat. Kalau
banyak tidur pada malam hari, akan terabai urusan saya dengan Allah.”
Ini adalah golongan abid dan sekaligus
pemimpin yang cemerlang.
Kisah Pelantikan Khalifah Umar Abd Aziz
Apabila Umar Abd Aziz dilantik sebagai Amirul Mukminin,
kedengaran suara tangisan di kalangan ahli keluarganya. Lalu ditanya oleh para sahabatnya, kenapakah ahli keluarga dan
saudara-mara kamu menerima jawatan
tersebut dengan tangisan, sedangkan ia adalah anugerah yang sepatutnya disambut
dengan gembira. Lalu Umar menjawab” Mereka menangis setelah mendengar kata-kataku:
Aku sekarang telah ditlantik untuk memikul tanggungjawab
urusan kaum muslimin, maka aku tidak sanggup untuk melalaikannya. Maka ahli
keluargaku tidak mempunyai jalan yang lain, melainkan menerima syarat jika
ingin memilih untuk tinggal bersamaku. Para
isteri dan jariah-jariahku tidak lagi boleh datang mendekati diriku ataupun
mereka diceraikan.
Bisyr bin Mansur menceritakan bahawa jika dibandingkan
ibadat Iblis lebih lama berbanding ibadat para malaikat. Namun akhirnya Iblis
laknatullah menjadi musuh utama Allah dan manusia. Justeru, pandanglah amal
ibadah sebagai Taufiq daripada Allah, dengan hidayah dan rahmatNya kepada kita
tetapi bukan daripada kita, serta merasai ia masih sedikit dan tidak sempurna.
Dengan adanya perasaan ini, maka itu terdapat tanda-tanda dan harapan amal
ibadah kita diterima Allah dengan izinNya.
0 ulasan:
Catat Ulasan