Pendahuluan
Lahir dan munculnya seorang nabi akhir
zaman adalah di saat manusia sangat-sangat memerlukan kepada tunjuk ajar dan
bimbingan Allah yang disampaikan oleh Baginda. Apabila berleluasanya kejahatan,
orang yang zalim disanjungi, pihak yang kuat menjadi raja, manakala rakyat yang
lemah menjadi hamba. Pangkat, kuasa dan wang ringgit menjadi tuhan kepada
manusia. Kesesatan semakin jauh sehingga
di luar batasan akal kemanusiaan. Golongan yang kaya bermewah dengan
kekayaannya. Manakala yang miskin dipandang hina. Ditengah-tengah fenomena
inilah lahirnya seorang nabi sebagai penyelamat ummah yang akan memimpin
manusia untuk membezakan antara yang haq dengan yang batil, tauhid dengan
syirik, salah dengan yang benar, halal dan haram dan sebagainya.
Dunia Yang Berhajat Kepada
Petunjuk Rasul
Sebelum kedatangan nabi saw
penduduk Semenanjung Tanah Arab menganut agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim
dan nabi Ismail as. Namun apabila berlalunya masanya dan makin jauh generasi
demi generasi dengan ajaran nabi Ibrahim a.s. maka manusia makin jauh dengan
agama dan menyeleweng sehingga dengan merekacipta peraturan hidup sendiri,
syariat Allah tidak lagi diikuti sehingga membawa mereka kepada penyembahan
berhala dan sesetengah menganggap berhala sebagai anak tuhan.
Selain
itu negara Rome sebuah kuasa besar dunia pula pada asalnya adalah penganut
agama nasrani, iaitu yang berasal daripada agama Tauhid nabi Isa as. mereka
telah meminda ajaran-ajaran yang dibawa oleh nabi Isa as yang membawa kepada
penyelewengan akidah yang amat dahsyat. Pelbagai fahaman dan teori telah lahir
hasil daripada penolakan agama oleh ahli bijak pandai dan semua teori tersebut
lebih menekankan keagungan manusia daripada faktor ketuhanan. Masyarakat Rome adalah adalah terpengaruh
dengan masyarakat Yunani (Greek) merupakan masyarakat pertama dunia yang
memisahkan agama dari kehidupan dunia. Tuhan tidak boleh campur tangan urusan politik dan harian Mereka bergantung sepenuhnya kepada
pemikiran akal tanpa dibantu ajaran ketuhanan. Kepercayaan agama tidak
mempunyai unsur-unsur spiritual tetapi bercorak fizikal, rasionalistik dan
materalistik. Orang Rom terkenal dengan kekayaan ilmu pengetahuan dan
melahirkan tokoh-tokoh seperti Socrates dan Plato.
Di
samping negara Rome, terdapat juga sebuah lagi kuasa besar dunia iaitu negara
Parsi yang dianggap paling maju dari sudut kebendaan dan melahirkan agama
Majusi yang menyembah api. Pemerintah mereka dianggap sebagai tuhan yang mesti
ditaati sebagai taatnya kepada tuhan. Darah-darah maharaja Parsi dipercayai
telah mengalir darah-darah tuhan. Akhirnya masyarakat mereka tenggelam dalam
arus jahiliyah sebagaimana umat yang terdahulu.
Di
negeri China yang mempunyai ketamadunan yang hebat dan disegani, pengaruh agama
Buddha Lotze dan Confutze telah dianuti oleh penduduknya. Mereka beribadat
dengan memuja sesama makhluk juga mengalami keadaan yang sama. Sebagaimana juga
India, memainkkan peranan yang cukup hebat sebagai penyumbang kepada kesesatan
manusia dan keruntuhan akidah. Penduduknya menganut agama Hindu. Mereka memuja
setiap perkara atau benda yang dianggap menarik, menyembah patung-patung
pemimpin mereka sehinggalah kepada binatang yang tidak berakal. Pelbagai
kepercayaan tahyul dan karut telah menjadi peraturan hidup yang menjauhkan
mereka daripada tamadun kemanusiaan.
Pentas Menegakkan Kezaliman
Inilah sebahagian masyarakat
yang hidup diambang kelahiran nabi saw. Dunia menjadi pentas menegakkan
kezaliman. Peraturan rimba menjadi undang-undang untuk menguatkan kedudukan
pemimpin dan menindas golongan yang lemah. Ajaran agama yang dibawa oleh para
nabi terdahulu telah diseleweng dan dipinda mengikut nafsu dan selera mereka.
Penjenayah menjadi hakim dan orang zalim menjadi kadi. Manusia berhadapan
dengan krisis nilai akhlak yang amat dahsyat. Mereka adalah penjual-penjual
agama dengan dunia, pangkat dan kedudukan. Rasuah menjadi tema kehidupan dan
jauh untuk mengenali halal dan haram.
Kembali Ke Alam Jahiliyah
Islam yang bertapak di Makkah diterima dalam keadaan yang asing dan terpencil.
Bilangan golongan yang
menentang Islam mengatasi bilangan golongan yang menerima. Golongan yang
menerima Islam terdiri daripada mereka yang miskin dan tidak berjawatan. Mereka
yang tidak mempunyai apa kepentingan, apatah lagi untuk mencari pengaruh. Namun
akhirnya dengan bimbingan, petunjuk dan ajaran Ilahi, Islam telah diterima
sehingga berjaya membina empayar kegemilangan. Umat Islam pada awalnya telah
muncul dalam sejarahnya sebagai umat yang teragung sebagai pemimpin dan
penyelamat ummat sejagat. Mereka mampu membina kekuatan yang sangat luar biasa
yang berjaya menghancurkan dua kuasa gergasi Rome dan Parsi.
Namun setelah 1400 tahun Islam
bertapak kukuh di bumi ini, kini Islam telah hilang daripada hati-hati umat
Islam dan manusia seluruhnya. Asas kepada tamadun Barat. Manusia mula kembali kepada cara kehidupan masyarakat
Yunani dan Rome yang memisahkan agama dari kehidupan dunia. Mereka bergantung
sepenuhnya kepada pemikiran akal tanpa dibantu ajaran ketuhanan. Manusia yang
berpegang kuat dengan nilai-nilai agama dipandang serong dan memelikkan. Sebaliknya
orang yang melakukan kemungkaran dipandang tinggi, malah menjadi kebanggaan
masyarakat. Inilah yang dijelaskan oleh nabi saw dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim:
Ertinya: Islam mula
tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing juga. Maka
beruntunglah orang-orang yang asing.
Inilah
juga yang dinyatakan oleh nabi saw bahawa di akhir zaman cabaran untuk
berpegang kepada agama amat sukar. Ini disebabkan suasana di sekeliling mereka
tidak membantu untuk menunaikan kewajipan agama. Apa yang ada disekeliling
mereka adalah pendorong kepada maksiat dan perkara-perkara yang membawa kepada
keruntuhan akidah, keimanan dan kefasiqan. Nabi saw bersabda:
يأتِي على
النَّاس زَمَانٌ الصًّابِرُ فِيْهِمْ على دِيْنِهِ كَالقَابِضِ على الجَمْرِ
Ertinya: Akan datang kepada
umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana
mengenggam bara api.
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Antara faktor umat manusia tenggelam dalam
arus jahiliah ialah kerana mereka terlalu mementingkan urusan keduniaan demi
keseronokan, kemewahan, ketamakan dan lain-lain. Maka mereka akan menerima
nasib yang sama dengan umat yang terdahulu sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis
nabi saw bahawa Baginda bersabda:
سَمِعْتُ
رَسُوْل الله (ص) يَقُول: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ الأُمَمُ فقالوا: يَارَسُوْل
الله وما دَاءُ الأُمَمُ؟ قال: الأَشَرُ والبَطَرُ والتَّكاثُرُ والتَّنَاجُشُ فى
الدُّنْيَا والتَّبَاغَضُ والتَّحَاسُدُ حتّى يَكُوْنَ البَغْيُ
Ertinya: umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang tidak pernah
menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit umat-umat
terdahulu itu?. Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu
mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda
dunia, saling memarahi, hasad menhasad sehingga zalim menzalimi”
Amalan-amalan hidup dan pegangan serta
prinsip yang menjadi petunjuk hidup masyarakat Rom dan Yunani telah kembali
menjadi pegangan hidup masyarakat kini. Peringkat awal tamadun dan masyarakat Rom
tidak berasaskan kepada agama. Pada fahaman mereka tuhan tidak boleh campur
tangan urusan politik dan harian. Jelas bahawa anasir-anasir yang mengheret
bangsa-bangsa ini ke lembah kerosakan, kemunduran dan perpecahan ialah kemajuan
dan tamadun yang berasaskan kepada material semata-mata. Antara prinsip
tersebut ialah:
- Tertegak atas dasar kebendaan jauh daripada petunjuk wahyu
- Menolak segala yang bersifat tradisional termasuk kehidupan agama yang dianggap penghalang kemajuan
- Kecenderungan kepada nafsu yang tidak terbatas, rakus, tamak, seks
bebas, berhibur dan berseronok tanpa batas sempadan atas nama hak peribadi
- Bersumberkan logik akal dan pemikiran manusia semata-mata.
Manakala Abu Hassan Ali an-Nadawi pula menjelaskan
tentang ciri-ciri khusus peradaban Yunani. Antaranya ialah:
1.
Percaya kepada apa sahaja yang dapat dicapai oleh pancaindera.
2. Kurang rasa keagamaannya
dan kecintaan melampau kepada kehidupan duniawi
3. Fanatisme kebangsaan yang melampau.
Kesimpulannya, masyarakat Islam perlu
menyedari bahawa kini gerakan meruntuh dan memisahkan kaum muslimin daripada agamanya
sedang giat dijalankan oleh pihak-pihak Barat, sama ada ia disedari atau tidak.
Gerakan secara licik ini telah bermula sejak sekian lama terutamanya melalui
sektor pendidikan. Ini jelas mengikut Snouck Hurgronje pendidikan dan
pengajaran sanggup membebaskan kaum muslimin dari agamanya.
Ibn Khaldun: ”Apabila sesebuah tamadun
telah berjaya dicapai oleh generasi yang jauh dan melupakan pengorbanan
generasi pertama dan tenggelam dengan kemewahan, maka tamadun itu akan hancur”
Dunia
pada asalnya adalah tidak berharga dan tidak bernilai. Namun apabila diutuskan
para nabi dan Rasul membawa petunjuk dunia menjadi berharga sebab ia menjadi alat
untuk mendapat keredhaan Allah. Sebagaimana emas apabila dipisahkan daripada
batu-batan dan dilombong ia menjadi berharga”
Dato’
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat
0 ulasan:
Catat Ulasan